RSS

Sunday, November 29, 2009

Berikan Dia Sedikit Masa

Malam ini,hari paling jerih untuk di hadapi meredah onak duri di East Cost Mall mencari boutique pilihan. Maybe belum mampu untuk berkongsi apa-apa hari ini dan semakin jarang mengupdate blog ini selepas berpindah ke tempat asing. mungkin jika dia update tiada siapa yang beri perhatian. Barangkali. Berikan dia sedikit masa. Masih baru. sedang mencuba yang terbaik. hanya perlukan sedikit ruang dan waktu.

p/s: semakin hari semakin lari dari tajuk. maafkan saja

Friday, November 13, 2009

Merintih Sepurnama

Hari ini hari sekalian alam warga Dcs part 3 Uitm Segamat menghabiskan sisa-sisa terakhir semester ini. Haih,kenapa ada paper lagi esok? tak apa, cuba yang terbaik. Sehabis baik. Walau tak sebagus mana. ingat! 4 kredit hours. Tersentap.

Sunday, November 8, 2009

Sumpah! Saya cinta dia!

Sudah berhari-hari tersengih sorang-sorang di depan ini lappie,sudah angau barangkali.
(o_0)

Ok dan baiklah. Perempuan ini memang suka berangan. Seperti biasa,sudah berkurun lama berlalu kisah cinta bersama Robby P tersayang. Tiba masa sekarang sebagai seorang perempuan yang bakal melalui anjakan paradigma silalah berfikir dengan waras lelaki yang boleh di bawa sehidup semati. feuwhh!

1. Lelaki itu haruslah dan semestinya lelaki sejati! Tanyalah sama itu mana-mana perempuan,siapa yang mahu lelaki yang jalannya seperti di atas 'runway' memperagakan adibusana kepunyaan Dolce & Gabbana.

2. Lelaki itu mestilah lebih hebat daripada saya. Dalam erti kata lain,siapa yang mahu lelaki tercengang-cengang bila di tanya "yang,10% daripada harga ni berapa ye?".


3. Elok rupa parasnya. Bukan bermaksud mahu memilih atau demand,tapi terkenang ungkapan Unai mase tingkatan 3, "Mestilah aku nak yang agak handsome,kalau tak berdosa pula aku tak nak tengok muka laki aku."hmmm..betul juga. Ade relevantnya.


4. Dia mesti bersumpah hanya diri ini sahaja yang ada dalam hatinya. Wahh..(muka merah mata pun kelip-kelip). Bukan bermaksud berbangga diri yang tidak seberapa ini, tetapi mahu juga sekali-sekala terasa di hargai seperti heroin filem Hindi.

                                        
4. Haruslah menerima diri ini seadaanya. Seperti ini lah yang saya maksudkan. Sentiasa berada di sisi walau apa jua halangan yang menimpa diri. Tidak pernah kisah dengan rupa paras atau kekurangan yang sedia ada. The one that will warm me,if saya dalam kesedihan. Yang akan bilang," jangan menangis sayang,aku ada bersama kau." 


5. Yang terakhir yang terlintas dalam fikiran sekarang. Si dia haruslah setia dan berpegang pada janji. Semestinya, si dia juga haruslah sebaik dan serajin arwah abah. Tetapi yang paling penting,abah adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Dan jika manusia begini ada dan ternyata wujud,saya mohon tolong angkat tangan sekarang dan sumpah! Saya cinta dia.

Pesanan : Kalau ada orang masuk meminang sekarang,cakap lah dengan mak,Tolonglah bagi lebih masa untuk kitaorang berangan lagi (merintih). Terima Kasih.